Thursday, 15 October 2009


PEGAWAI TERTINGGI KRS/TKRS


pangkat KRS(KEDET REMAJA SEKOLAH)

Wednesday, 14 October 2009

SUKATAN PELAJARAN TKRS 2009


Berikut adalah beberapa tajuk dan kemahiran yang akan dedahkan kepada tunas-tunas KRS Tahun 3-5 pada tahun 2009 :
1) KETATANEGARAANNegaraku MalaysiaNegeri-negeri di dalam MalaysiaPerdana Menteri dan Timbalan Perdana MenteriMenteri Besar dan Ketua MenteriLambang/jata negaraBendera MalaysiaLagu kebangsaan dan lagu negeriRukun NegaraLagu-lagu patriotik
Sejarah Penubuhan KRS/ TKRSBendera, logo dan MottoLagu KRSUnifom dan Pangkat Dalam KRS/TKRS2) KEROHANIAN*Kelas Fardhu AinBacaan YaasinUsrah dan tamrinKursus kefahaman IslamHafalan surah dan doa harianKebudayaan IslamCeramah dan kuliah agamaPendidikan akhlak dan adab islamiyyahPengkisahan sejarah perjuangan Rasulullah SAW dan para sahabat
*Kebanyakan aktiviti seperti di atas dimasukkan di dalam aktiviti semasa perkhemahan
3) PENGURUSAN DAN GAYA DIRITanggungjawab terhadap diri dan keluargaMemelihara kesihatan tubuh badanMenguruskan tempat kediamanAdab bergaul bersama ibu bapa, adik-beradik, jiran, rakan dan orang yang lebih tua
4) KAWAD KAKIkawad kaki statikkawad bergerakkawad formasi/ kawad persembahan
5) ILMU PERKHEMAHANKhemah : Jenis, keselamatan dan cara mendirikan khemahPemilihan tapak perkhemahanKegiatan dan etika perkhemahanBeg galas : Kandungan dan tempoh perkhemahanikhtiar hidup : Membina gejet, perlindungan dan masakan hutan
6) IKATAN DAN SIMPULANPengenalan kepada tali, jenis dan keselamatan tali.Jenis-jenis ikatan dan simpulan : Manuk, Simpul Mati, Belit Lucut, Lilit Balak, Tindih Kasih
7) PERTOLONGAN CEMASPengenalan, konsep, etika dan langkah keselamatanJenis-jenis bahayaMalapetaka di rumah, sekolah dan di jalan rayaBalutan, belatan dan anduhKeselamatan di air
8) KHIDMAT MASYARAKAT
9) KEUSAHAWANANMengadakan hari jualan/ Hari Kantin

Tuesday, 13 October 2009

sejarah Kadet Remaja Sekolah


Kadet Remaja Sekolah (KRS) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh Muhammad Thani Bin Sha'aban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987. Pasukan ini pada mulanya dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar-pelajar Islam SMRA (PERWIRA) Keahliannya adalah seramai 20 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar daripada tingkatan 1 dan 2.
Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang BERILMU BERIMAN dan BERAMAL, berakhlak mulia, bersemangat patriotik dan berketrampilan, selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Negara ke arah Wawasan 2020.
Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan. Setiap aktiviti yang dijalankan adalah berteraskan ISLAM SEBAGAI CARA KEHIDUPAN (AD-DEEN). Mulai tahun 1989, beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan telah mula menubuhkan KPIM.

sejarah krs

Logo Dan Motto



Perisai melambangkan tentang kefahaman diri daripada gejala yang tidak sihat. Bulan dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia. Dua tangkai padi bersilang melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan serta matang dan rasional dalam semua tindakan. Buku yang terbuka dan rehal melambangkan peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa megira keturunan dan kaum, agama, dan latar belakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidkan Negara. Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat.Warna merah melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara yang tercinta.Warna kuning melambangkan warna diraja yang manjadi tonggak kedaulatan negara Malaysia.Warna putih melambangkan keikhlasan dan kesucian. Warna hijau malambangkanTunas muda /remaja yang masih boleh dibentuk. Laluan hidup yang jelas untuk masa hadapan. Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulum. Cogan kata KRS " ILMU IMAN AMAL" ILMU : Asas keintelektualan dan ketrampilan ahli KRS. IMAN: Keimanan yang mendalam merupakan asas pembinaan diri. AMAL: Penghayatan dan perlakuan gaya hidup sihat yang berterusan merupakan natijah daripada kekuatan intelektual dan disiplin diri.